Posts

Showing posts from April, 2015

I beg to differ..

Image
Assalam dan salam hormat buat pembaca budiman, . Amboi bukan main lagi tajuk entri, entahlah apakah akan relevan dengan apa yang AA perkatakan, ko ada entri tajuk omputeh? . Cuma sekadar perkongsian buat mereka yang adakalanya tidak sedar atau mungkin sedar tapi malas nak ambil pusing.  Kejadian ini sering kali berlaku, ok anda ke pasaraya dan cashier /pembantu cashier memasukkan barang-barang belian main sumbat jer.. mentang-mentanglah minyak rambut tu kecil lalu dimasukkan dalam beg plastik yang berisi snek atau apa jua item yang bukan sewaktu dengannya.  Itu hanya satu contoh, malah saya pernah ada pengalaman semua barangan disumbat dalam satu plastik besar; dengan bawang, kentang, susu tin, syampu, ubat gigi dan yang paling sadis serbuk pencuci kain! Nasib baiklah telur itu dah siap diikat untuk dijinjing kalau tidak mau disumbat semuanya. AA tidak akan biarkan perkara itu berlaku, biasanya akan menegur dengan cara elok, "miss/kak/dek boleh asingkan plastik? yan

Beluncas

Image
Begitu hampir AA memadam blog ini, namun ada getar pada jari yang tentunya datang dari hati yang ketar.  Yang benar tidak ada salahnya pada blog ini, malah niat yang disimbolikan pada tarikh 09.09.09 bertiangkan nawaitu yang baik belaka.  Salahnya, AA kadang-kadang punya emosi yang bukan sahaja dipamerkan dalam alam nyata namun begitu juga dalam maya.  AA memang begitu, lebih suka untuk mengekpresikan diri sebenar. Namun ada tanggungjawab yang dipikul di balik penghasilan entri melalui bait-bait yang kurang disadur oleh akal . Maunya AA tidak dipersoalkan di sana nanti, apabila ada tertulis kisah (walaupun tidak disebutkan nama) yang buruk-buruk belaka.  Tak kurang hebatnya kata nista dan angkuhnya berbicara laksana Maharaja yang tidak betah memohon kemaafan.  Memangnya AA jua akui menulis mengikut suka dan pernah suatu ketika dek hati merajai akal telah menyiapkan entri sehingga kesiangan.. Hasilnya begitu berbaloi sehingga ada hati yang terluka, ada rakan yang memadam tag sahabat da