Karipap oh karipap!



Semalam isteri saya berkongsi ilmu mengenai kursus yang baru disertainya dua hari yang lepas. "Papa... untuk membakar kalori sebiji karipap ialah bersamaan menyapu selama 28 minit tanpa henti..". Sajer bagi contoh kuih kegemaran! hehe.. "baiklah mama!".
Tidak mahu berleter pasal kesihatan, sebab semua dah sedar dan tahu betapa pentingnya kesihatan. Semuanya terpulang kepada tuan/puan punya diri. Oleh itu saya kongsikan bersama tips atau panduan menjadi sihat dalam bentuk yang tidak berleter.

Formula untuk sihat
:
  • Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan
  • Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu
  • Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)
  • Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin
  • Mulakan bersenam
  • Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)

Betapa selama ini kita bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan jamuan ringan. Harus bagaimana tu???

Comments

Anonymous said…
SB berpegang pada satu nasihat ni: berenti makan sblm kenyang..

hehehe...
Adie Achim said…
Masalahnya cuba untuk berhenti sebelumkenyang tapi sedar-sedar dah KENYANG!
lalink7 said…
makan sebiji dua sudah la..jangan la bwk plastik bungkus bwk balik..hahhaha
Adie Achim said…
lalink7 - btul btul btul!
Arif said…
Ambil aroma saja lah...

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!