Ada apa pada ia...


"Ia ditakdirkan sebagai peneman manusia yang setia, dengan kecomelan, kelincahan, keceriaan dan sifat manja semulajadinya".

Ia yang dimaksudkan ialah kucing (Selepas ini disebut sebagai - ia/mereka). Seingat-ingat saya, kami punyai beberapa generasi kucing yang tinggal bersama di rumah semenjak saya kecil. Terlalu banyak! faham sajalah mereka antara binatang yang cepat membiak. Kehadiran mereka dengan pelbagai cara; dikutip, perantau, bertandang dan ada juga yang dibawa oleh awek/boifren(samada secara suka atau paksa rela kami kurang periksa).

Saya masih terasa-rasa keseronokkan memberikan nama setiap kali ada yang baru melahirkan anak dan biasanya ia dinamakan berdasarkan warna dan corak pada bulunya. Oh ya! ada satu bernama "Sang" singkatan kepada songsang. Ini kerana ia lahir secara songsang dan ibunya datang kepada kami dengan keadaan kritikal seolah-olah meminta tolong. Antara percaya dengan tidak saya dan adik membantu kelahirannya! Alhamdulillah kami berjaya dan ia menjadi kesayangan kami.

Telatah mereka cukup menghiburkan malah jika diasuh/diajar/dididik dan diberikan english education mereka ini akan patuh pada peraturan yang ditetapkan. Cuma untuk melalui proses P&P bersama makhluk ini amat memerlukan kesabaran tahap nabi "sabo jer ler"- (tiru Hantu Mak Limah) Betul! dady(bapa) saya terutamanya dia akan bercakap english dengan binatang peliharaan dan kami jadi terikut-ikut hingga akhirnya mereka faham. "You are so right Usop wilcha!"

Serius saya katakan melalui pengalaman sendiri mereka-mereka ini berupaya memberi terapi dalam bentuk ketenangan dan mengubat jiwa tetapi kenalah dengan caranya. Peringatan! jangan sembarangan ya.. pastikan anda memang pencinta binatang sebab kalau tidak mungkin anda akan rasa terbeban dan boleh saja menukar terapi ketenangan kepada kestressan!


Kini saya kembali memelihara kucing, sebabnya saya ingin berkongsi keseronokkan dengan isteri dan anak-anak.

Info:


Masjid Kucing

Masjid kucing letaknya 750m sebelah utara Masjidil Haram atau tepatnya di hujung Pasar Seng. Beberapa riwayat menyebutkan disini adalah rumah sahabat Abu Hurairah. (Abu Hurairah ertinya Bapa Kucing). Karena kecintaan beliau kepada kucing inilah Rasulullah memanggil sahabat ini dengan Abu Hurairah. (kredit)

Masjid Kucing juga punya kisah sendiri. Ketika Rasulullah SAW sedang solat berjemaah dengan para sahabat, waktu Rasulullah SAW sedang sujud ada kucing yang naik ke atas punggungnya. Kerana sayangnya Rasulullah SAW kepada kucing, Beliau menunggu sampai kucing itu turun dari punggungnya, Beliau tidak mengusirnya.(Kredit)

AdieAchim: Tips mencari calon suami yang penyayang: Jika dia pencinta kucing maka dialah orangnya!

Comments

Arif said…
Miaow miaow saya sudah tidur lepas mamam :)

P/S: Good night Tericia, Milky, Toby & Milky.
Adie Achim said…
Good miaow! kiss and lick :)
Anonymous said…
aduhh.. aku bukan pencinta kucing.. patut ler masih bujang... hehe
Adie Achim said…
SB- Aku rasa kucing akan jatuh cinta dengan ko.. Cuba pelihara 1
RinsyaRyc said…
i luv kucing... ^^

follow balik yeh...

http://bulatmata.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!