Terimbau kisah si Lima Puluh

Penceritaan ini haruslah secara dramatik kerana ia bukanlah suatu cerita retorik tetapi benar belaka. Si Lima Puluh begitu melekat di hati malah sehingga ke hari ini memberikan kesan yang teramat-amatlah amat.
"Boleh kah camtu?", "bulih bah kalau kau...", "ceh!".


Pada suatu maghrib sekitar tahun 1998 di daerah yang bernama Keningau. Kelihatan si ibu memberikan satu keping note $50 kepada anaknya yang berumur 10 tahun, turut disertakan sehelai kertas yang dicarik dari halaman tengah buku latihan. Tercatat senarai barang keperluan yang perlu dibeli. Si anak hanya mengangguk bangga punyai kepercayaan penuh oleh ibunya dan penuh cermat memasukkan dalam kocek seluar.

Perjalanan ke pekan Keningau menaiki kenderaan pick-up yang dipandu oleh abangnya, tidak sampai lima minit pun.. menuju ke kedai A****h Trading. Nama kedai terpaksa dirahsiakan kerana pernah heboh kononnya kedai itu ada toyol yang merayau mencuri duit. Entahlah sejauh mana kebenarannya tetapi mungkin satu kebetulan apabila secara tiba-tiba duit dalam kocek ghaib semasa hendak membayar! Puaslah mencari di merata sini, sana dan situ. Hampa!

Dengan perasaan berkecamuk, bingung dan takut maka si abang dan adik balik. Walaupun maklum ibunya bukanlah seorang yang garang namun kecut juga perut. Seperti yang dijangka ibu mereka tidak marah namun agak panik kerana itulah duit terakhir untuk bulan tersebut memandangkan ayah mereka sedang berkursus di Kuala Lumpur. Akhirnya terpaksa ke kedai runcit berhampiran mengambil barang melalui buku 555. Punyalah sedih dan kesal!

Kisah itu dijadikan perisa yang cukup kuat agar pada suatu hari mampu mengganti jumlah itu. Namun tiba masanya ketika si anak sudah bekerja jumlah itu jadi begitu sedikit dan tidak relevan untuk dilunaskan. Oleh itu niat itu disimpan sehingga cukup gandaan yang boleh memuaskan hati si ibu.. begitulah perkiraan si anak. Simpan.. jimat.. simpan..

Sekitar tahun 2002: akhirnya si lima puluh berganda menjadi lima ribu. Masih kurang puas.. tambah lagi tiga ribu... (senyum puas) Ibu minta maaf dulu saya pernah menghilangkannya tapi rasanya nilai itu tidak akan pernah terlunas. Si Lima Puluh pada ketika itu begitu besar nilainya sehingga boleh menampung senarai panjang barang keperluan.

Kawan-kawan.. berapakah nilai si lima puluh pada masa ini?

Comments

Mista Blogga said…
tersentuh dengan citer ni..
teringat juga dulu2 keluargaku yang susah.. bukan saja RM50, RM5 juga tinggi nilainya masa tu...
Adie Achim said…
sehingga ke hari ni, seboleh mungkin aku cuba untuk tidak menukar note 50.. sayang sangat! tapi nilai 50 skrg habis sekali makan kt Pizza.. gulp!
Unknown said…
Sedihnya abg....adk minta maaf sb xprnh tahu cerita ini. From now i'll remember this story....
Adie Achim said…
Ya bah.. kalau diingat masa lampau sedih sangat kann.. Alhamdulillah dengan keadaan kita sekarang.

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!