Posts

Showing posts from March, 2010

mari mengukur tinggi langit dan bumi.

"Adoi larr!!!" Tertekan dengan pernyataan tersebut di atas?? hikhik releks lah.. cuba buat air kopi dan sambil-sambil tu dengarlah lagu nyanyian Hetty Koes Endang - Demi cinta Ni.. Ye.. " Dari dulu dalam sejarah asmara Paling sulit mengukur dalamnya cinta" Hah yang ni, korang suka lah yerr! ku dongak ke langit "fuhh!!!" ku tunduk ke bumi "hmm" Betullah lah tu.. sesekali kita kena juga mengukur di mana kedudukan kita dalam masyarakat, kedudukan dalam organisasi, kedudukan dalam kampung (kalau relevan) takpun kedudukan kita dalam keluarga kita sendiri. Kerana dengan itu kita boleh mengetahui sejauh mana peri pentingnya kita dan lebih bagus lagi, perelokkan serta permolekkan mana yang kurang dan lemah. Pinjam motto melodi "Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi" bolehlah.. Tetapi ini tidaklah bermaksud mereka yang kedudukannya agak rendah kurang memainkan peranan, haruslah diingat dan beringat dan saling mengingatkan bahawasanya me

Hadiah dari mumy!

Malam menjelang harijadi saya menghubungi mumy nun jauh di sana. Sengaja mendail nombor abang yang tinggal bersama dengan penuh keyakinan dia yang akan menyambutnya. dan... "Hello..." apalagi yang perlu dibuktikan? Malam itu kami bersembang semahu-mahunya dan bagaikan acara wajib saya akan minta diceritakan detik-detik kelahiran. Dia mengimbas kisah 32 tahun yang lampau.. Semuanya tentang yang indah dan baik-baik belaka, tidak ada satupun menyebut tentang kepayahan dan kesukaran. Itulah hadiah harijadi yang tidak ternilai harganya. Sungguh dia hanya biasa, asal kejadian yang sama, namun dia punya, hati yang luar biasa baiknya, tidak tertanding, begitu luhur.. begitu ikhlas.. sedang aku yang tidak akan terbalas budinya, terima kasih bukanlah nilainya.